Saturday 16 January 2010

Detik Yang Berlalu Adalah Masa Depan


Assalamualaikum wbth…

Semakin hari, imtihan semakin berkurangan. Ini bermakna cuti pun sudah semakin hampir. Semoga cuti kali ini akan dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Sekalipun anda bermusafir, pastikan permusafiran itu membawa manfaat dan menurut syariat. Moga perjalanan itu lebih diberkati dan mendapat perlindungan Allah s.w.t.

Soal masa seringkali dipandang remeh oleh muda-mudi hari ini. Pengurusan masa yang tidak menentu menjadikan hidup tidak terurus, bahkan priority dalam perjalanan hidup sudah tentu akan terabai. Pengurusan masa sebenarnya merupakan dalam Islam. Allah s.w. t berfirman dan bersumpah dengan masa dalam al-Quran pasti ada sebabnya tersendiri. Allah Maha Mengetahui sifat lalai hambanya maka disumpahkan masa dalam kitab suci al-Quran.

“ 1. Demi masa. 2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

(Al-Asr :1-3)


Berjaya dan Gagal Sebab Masa?

Dengan firman Allah s.w.t jelas dapat dilihat bahawa salah satu punca kejayaan dan kegagalan buat manusia itu adalah masa. Perumpamaan ayat secara umumnya mengatakan manusia itu sememangnya dalam kerugian iaitu mereka adalah orang-orang yang gagal, yakni tenggelam dalam masanya sendiri. Kemudian, hadir sighah isthisna’ atau pengecualian bagi orang-orang yang berjaya iaitu orang yang beramal soleh dan sentiasa beringat-ingat. Inilah yang dijelaskan sikap orang yang berjaya dalam surah al-Mukminun (1) :

“ Sesunguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”

Sifat-sifatnya Allah s.w.t sudah cukup jelas diterangkan dalam ayat tersebut. Rangkaian ayat-ayat Allah s.w.t yang punyai hubungkait antara satu sama lain cukup bermakna untuk didalami. Justeru, jelaslah dengan sumpah Allah Ta’ala bahawa orang yang berjaya itu orang beriman yang menghargai masanya jelas matlamatnya menyusun masa dengan perkara yang sepatutnya. Manakala insan yang gagal mereka yang sebaliknya


Hari ini muda-mudi seakan tidak tahu nilai masa yang berjalan pantas. Muda-mudi disekolah rendah dan menengah, tamat sekolah berpeleseran. Mahasiswa sendiri yang berada di pengajian tinggi seringkali terlalai dengan kelapangan masa yang ada. Kejayaan yang luar biasa dihasilkan dengan usaha yang luar biasa! Ungkapan yang kerap kita dengar. Namun jelaskah maknanya? Contoh, jika seorang pelajar ulangkaji dalam tempoh 2 jam manakala 1 jam untuk menggunakan internet, bersembang dan sebagainya. Berbanding pelajar yang ulangkaji 1 jam dan masa yang berbaki untuk aktiviti selain itu. Bagi anda usaha manakah yang luar biasa yang menunjukkan cirri-ciri untuk berjaya? Nilaikan sendiri.

Tidak dapat dinafikan, remaja hari ini terlalu leka dibuai hedonisme. Hiburan disana sini dengan sumber dan kaedah yang pelbagai. Movie,chatting serta aplikasi komuniti seperti friendster dan facebook dan sebagainya benar-benar menenggelamkan remaja kita hari ini. Sebenarnya bukan sahaja remaja, golongan dewasa juga tidak ketinggalan. Bukan sahaja tidak ketinggalan dek kemajuan teknologi, bahkan tenggelam sama dalam kenikmatannya memamah masa. Kadangkala terpapar bangga di wall facebook contohnya:


“ kerja berlambak la harini, malasnya…layan facebook lagi bagus”

Ini realiti minda masyarakat hari ini. Jika golongan dewasa leka sedemikian, apatah lagi muda-mudi. Kadangkala tanggungjawab yang sepatutnya terabai dek kerana lalai menguruskan masa menggunakan kecanggihan teknologi. Tidak dinafikan, saya sendiri menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut, namun sedaya upaya menghadkan masa yang berjam-jam supaya tidaklah sekadar duduk mengadap komen gambar dan status. Gunakanlah sebaiknya untuk mendapat manfaat, bukan masa yang berharga berjaya dilekakan puak yahudi dengan mencipta itu dan ini. Kerana mereka mengkaji isi al-Quran, tahu isinya, tahu orang berjaya itu insan yang menghargai masanya.

Masa Depan Ditangan Anda

Jika suatu masa dahulu, masuk ke sekolah kita pasti ditanya guru-guru apa cita-cita. Sudah besar mahu jadi apa. Itu bukanlah satu soalan khayalan tetapi reliti untuk membentuk matlamat seseorang. Saya berkesempatan mengajar di sebuah institusi remaja yang ditangkap kerana melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya di usia mereka. Perkara yang sama juga saya lakukan, namun mereka masih belum berdiri di bumi yang nyata. Masih belum sedar kemana langkah mereka,


“ baik sebelum mula kelas pertama harini, saya nak tanya semua, apa cita-cita masing2 “

Tiba-tiba dibalas gelak tawa…

“ Alaaaa…ust ni mcm budak skolah rendah la tanya cmtu. Boring betul! Tanyalah dah ade pakwe ke blum ke, bila nak kawen ke…best sket!

Tersenyum melihat gelagat mereka yang masih hanyut dibuai masa lalu dan keseronokan..

“ nak tau sebab ape saya tanya? Saya nak tau, sbb kalau satu masa dulu masa sekolah, atau masa kamu duduk belajar sekolah menengah dulu sebelum masuk ke sini, ada cita-cita, kamu tak masuk sini. Kamu mesti usaha capai apa yang kamu nak jadi tu”

Jika hari ini anda melangkah ke gerbang pengajian tinggi, sepatutnya perkara yang sama ditanyakan pada diri. Matlamat akan lebih jelas, masa singkat contohnya belajar di timur tengah 4 tahun pasti dimanfaatkan sebaiknya. Bukan nanti berbaki sebulan sebelum pulang ke tanah air, timbul rasa kesal tidak sempat bertalaqqi Quran, tidak sempat bertemu sheikh berlajar kitab, tidak sempat mendalami bahasa, tidak sempat duduk berbincang dan merapatkan diri dengan ilmuan-imuan di jamiah mahupun diluar jamiah. Segalanya hanya tinggal kata-kata dan kesalan semata. Masa yang berlalu mana mungkin berpatah kembali.

Mengapa masa depan anda yang menentukannya? Jika hari ini anda menjadi orang yang berjaya, itu adalah jalan yang anda pilih sejak awal memulakan langkah. Namun, jika anda gagal hari ini, mungkin punya sebab-sebab luaran, tetapi hampir seluruh puncannya adalah diri sendiri. Hal ini ada kaitannya dengan masa yang diuruskan. Sekiranya sebagai seorang pelajar, masa terlalu banyak diluangkan dengan perkara-perkara lain yang kurang manfaatnya, manakala hanya masa-masa kritikal yang berbaki untuk ulangkaji, adakah ini akan membantu cita-cita yang diimpikan tercapai? Jika sedar dan tahu tujuan ataupun target masa depan, sekaligus memberi kesan atas usaha yang dijalankan untuk mencapainya. Maka tidak salah jika dkatakan masa depan kita sendiri yg memilih dan menentukannya.

Usaha dan Mohon Yang Terbaik

Segala perancangan dan harapan harus seimbang dunia dan akhirat. Pesan sahabat saya, kejar dunia, akhirat tinggal. Kejar akhirat, insyaAllah dunia ikut sekali. Mudah-mudahan. Adakalnya, apa yang dirancang manusia difikirkan terbaik buat dirinya. Namun sebaliknya yang ditentukan Allah. Janganlah sesekali berputus asa kerana Allah sentiasa janjikan terbaik buat hambanya. Bersangka baiklah atas segala yang Allah tentukan dalam kehidupan. Berusalah merancang sebaik-baiknya dan berdoa serta berserah agar ianya adalah yang terbaik buat diri. Usahlah ghairah merancang dan usaha sehingga terlupa pada yang Maha Kuasa menjadikannya realiti. Usaha haruslah disertakan pergantungan pada Allah s.w.t. itu yang terbaik. Semoga masa depan kita sentiasa mendapat petunjuk dari-Nya.

p/s : Buat adik-adik yang baru melepasi markaz lughah di al-Bayt, langkah pertama menuju masa depan anda semakin hampir. Jangan sia-siakannya :)

Saturday 2 January 2010