Wednesday 18 February 2009

24 JAM

Firman Allah S.W.T :

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesean-pesan pada kesabaran "
( al-Asr 1-3)


Masa Ibarat Pedang

Firman Allah yang saya nukilkan pada muqaddimah artikel saya kali ini amat biasa kita dengar. Malahan syarahan mengenai ayat ini juga seringkali kita dengar. Namun, sejauh mana manusia sedar akan kepentingan menyusun masa, menggunakan masa sebaik-baiknya dan sejauh mana manusia sedar akan bertapa tingginya nilai masa. Jika pepatah melayu mengatakan "masa itu emas". Tetapi dalam dunia moden dan serba mewah ini, emas begitu mudah dijual beli. Malahan nilainya belum tentu tinggi pada setiap mata-mata yang melihatnya.

Berbanding pepatah arab yang saya rasakan lebih praktikal maksudnya menggambarkan nilai masa. "Masa ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotongmu". Demikianlah sebenarnya sifat masa itu sendiri. Sememangnya tidak menunggu makhluk untuk menggunaknnya. Tetapi makhluk sendiri mengurus dan menggunakannya. Itulah sememangnya hakikat sebenar kehidupan. Kita cuma miliki semalam yang berlalu dan hari ini. Namun esok masih belum tentunya milik kita. Oleh itu, kecapilah nikmat masa yang terluang dan uruskannya sebaik yang mungkin.

Masa dan Tanggungjawab

Kebiasannya tanggungjwab dan masa sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kerana Kewajipan dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dalam masa yang diperuntukan Allah kepada semua makhluknya 24 jam sehari. Dalam Islam sendiri ada menyebut di mana kewajipan kita sebenarnya melebihi masa. Hal ini membuktikan masa 24 jam itu sebenarnya perlu dipenuhi dengan perlbagai aktiviti yang bermanfaat. Masa yang terluang sebenarnya pasti ada kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Saya sendiri kadangkala terlepas perlbagai kewajipan dalam hidup yang sepatutnya dilaksanakan. Barangkali kelemahan menyusun masa dan membahagikan masa membuatkan 24jam sehari umpama 12 jam sehari. Bayangkan, tamat peperiksaan saya dan beberapa orang sahabat yang lain bertolak ke Mesir. Dalam kesibukan menyusun program di sana, dalam kotak fikiran ini tidak lekang memikirkan Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan(PERTAMA) yang bakal berlangsung. Tidak kurang juga tugas-tugas persatuan yang banyak tertangguh. Kadangkala hanya mampu berdoa agar Allah mampu beri kekuatan melaksanakan segala tanggungjawab yang dipikul, disamping tanggungjwab utama iaitu belajar. Kemungkinan juga masalah yang dihadapi oleh saya menimpa sebahagian pembaca sekalian. Mungkin ini sekadar perkongsian kita sebagai manusia yang lemah. Bersamalah kita muhasabah dan perbaiki diri agar tidak menjadi orang yang rugi seperti yang di sumpahkan oleh Allah ta'ala.

Mendisiplinkan Diri

Cara terbaik agar tidak terleka dibuai dek masa yang terluang adalah mendidik diri menghormati masa. Yakni, menggunakan masa sebaiknya. Menyusun jadual seharian, meletakkan keutamaan menjadi perkara pokok untuk dilaksanakan.

Sebenarnya kaedah penyusunan masa di sekolah-sekolah asrama sgt ideal. Kerana itulah waktu sesuai mendidik diri menghargai dan mengunakan masa. Masakan tidak, tamat zaman persekolahan segalanya akan diuruskan sendiri. Jika waktu dipaksa mengikut jadual masih terlalai, itulah natijahnya di masa akan datang. Di saat diri bebas tanpa tekanan. Merasakan bebas melakukan apa saja. Masa terbuang tanpa pegisian membina diri untuk membentuk jati diri, lantas diri musnah bersama ditelan masa. Manusia selalu lupa, umur berjalan seiring dengan masa dan pasti tidak akan berputar kembali. Kanak-kanak menjadi remaja, remaja menjadi dewasa, dewasa menjadi tua,yang tua pasti akan menemui ajal. Namun ajal bukan hanya menuggu tua untuk menjemput sang makhluk. Itulah kerahsiaan Allah agar manusia sentiasa ingat-mengingati.

Memang masa itu tajam dan tidak penah tumpul memotong sesiapa yang ketinggalan. Makhluk sendiri perlu usaha agar tidak menjadi mangsa si rugi kehilangan emas berharga mahupun dicincang halus dek pedang tajam yang terhunus.

No comments: