Tuesday 22 June 2010

Kepimpinan


Sebuah artikel untuk Informan MPPPMJ keluaran akhir 2010

Pemimpin dan kepimpinan merupakan satu bidang luas yang wajib diterokai oleh semua lapisan manusia. Dalam agama juga, memandang serius tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan. Sinonimnya kepimpinan dan pemimpin ini dikaitkan dengan tanggungjawab dan amanah. Sebarang tugas sebagai pemimpin dan juga hal-hal berkaitan kepimpinan semestinya berkait rapat dengan dua perkara tersebut. Oleh itu, soal kepimpinan ini merupakan satu cabang besar dalam mendidik kehidupan manusia untuk diterapkan dengan nilai murni agar lebih bermanfaat kehidupannya untuk manfaat insan di sekelilingnya.

Kepimpinan dalam Islam

Islam menitik beratkan aspek kepimpinan dalam kehidupan manusia, agar wujud kesedaran mengenai tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kerana ia merupakan sebahagian dari kehidupan manusia. Dalam pelbagai komuniti kehidupan, keluarga, masyarakat dan negara kesedaran mengenai kepimpinan yang betul menentukan arah dan halatuju umat Islam akan datang. Imbas di zaman dahulu, sebaik sahaja kewafatan Baginda صلى الله عليه وسلم khalifah atau pemimpin masyarakat yang dilantik dan dipilih dengan teliti terlebih dahulu. Jelas bahawa pentingnya konsep sebenar kepimpinan yang diterapkan Islam. Sebuah hadith dari Abdullah Ibn Umar, Rasululllah صلى الله عليه وسلم bersabda :

ألا كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته

Hadith ini memberikan panduan terbaik seorang pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab. Sighah umum dalam hadith tersebut dapat diaplikasikan kepada segenap lapisan pemimpin dalam kehidupan. Matlamatnya jelas, setiap amanah atau perkara yang dipertanggungjawabkan itu akan dipersoalkan kelak di akhirat oleh Allah. Oleh itu, dalam Islam kepentingan menjaga amanah atau menjadi pemimpin itu merupakan satu tanggungjawab besar dan perlu dipelihara sebaiknya. Jika dipelihara dengan baik bersesuaian denga kehendak Allah, ia menjadi bonus di akhirat kelak, serta menjadikan kehidupan lebih terurus dalam segala hal diiringi keberkatan Allah Taala. Jika sebaliknya segala tanggungjawab dan amanah itu akan menjadi beban saat dipersoalkan Allah dalam neraca timbangannya kelak.

Oleh itu, konsep kepimpinan dalam Islam lebih menjurus supaya seseorang pemimpin menjaga serta persoalkan terlebih dahulu tindakannya itu sama ada mengikut syariat Allah ataupun mengikut hawa nafsu yang sentiasa mengharapkan ketinggin, kemewahan dan kehormatan dalam hidup. Kepimpinan dalam Islam juga mengajar insan menjadi lebih bertanggungjawab dalam setiap tingkah laku dan segala tutur kata sebelum disampaikan kepada mereka yang dipimpin. Segalanya di awasi dengan kepatuhan kepada Allah Taala.

Mahasiswa dan Kepimpinan

Kehidupan mahasiswa sememangnya tidak pernah lekang dari pelbagai tugasan-tugasan dan tanggungjawab. Di usia muda ini segala perjuangan di alam pengajian merupakan sesuatu yang amat mencabar kemantapan mental dan fizikal seseorang mahasiswa. Tanggungjawab utama sebagai pelajar sudah pasti merupakan satu tugas besar yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Namun, kelebihan dan kemampuan seseorang mahasiswa menjadi pemimpin pada masa yang sama, merupakan nilai tambah terhadap kualiti mahasiswa tersebut. Dalam usia muda, menjadi penuntut ilmu dan pemimpin adalah satu tempoh masa yang ideal untuk seseorang belajar mengenai kehidupan dan kebelbagaian ciri hidup manusia. Ini yang dikatakan mencabar mental dan fizikal kerana perlu membahagikan masa dan tugasan selain kuliah dengan baik agar tidak berlaku keciciran kerana kedua-duanya merupakan tangungjawab yang wajib disempurnakan.

Istimewanya menjadi seorang pemimpin dalam usia muda, kerana kepimpinan ini punyai satu tugas bagaimana untuk menguruskan manusia. Dalam usia sebegini, pembentukan mentaliti dan percambahan idea menjadikan seseorang itu semakin matang dalam menghadapi cabaran dan menilai sesuatu dari sudut positif, kreatif dan berkualiti. Pada pandangan saya, aspek pengurusan dalam kehidupan, menguruskan manusia merupakan cabang yang paling sukar. Oleh itu, perkara yang menjadikan seseorang itu semakin matang dan berpengalaman merupakan nilai atau aset hidup sangat berharga dalam kehidupan yang semestinya menjadi guru terbaik masa akan datang.

Contohnya, menguruskan alat seperti komputer, lakukan apa sahaja yang anda mahu, ubahsuai apa sahaja, pasti akan dituruti mengikut kehendak dan citarasa tanpa sebarang bantahan. Bagaimana menguruskan rumah, dihias, dicat mengikut kesesuaian dan diubah bila-bila masa jika tidak diperlukan lagi. Tiada percanggahan. Berbanding jika ditugaskan menjadi pemimpin atau menguruskan manusia. Masing-masing makhluk berakal dan punya citarasa tersendiri, ada pandangan tersendiri. Cabarannya menguruskan manusia perlu mencari inisiatif atau kaedah agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan maksima setiap yang dipimpin. Cabaran mengasah pemikiran dan keberanian dalam mengambil keputusan ini sangat bermanfaat kepada mahasiswa yang mana selepas tamat pengajian akan melalui cabaran kehidupan yang lebih mencabar.

Sekurang-kurangnya, latihan kepimpinan di peringkat mahasiswa ini, dapat melatih seseorang sebelum masuk ke dalam masyarakat khususnya di Malaysia yang pelbagai agama berbilang bangsa. Persediaan mantap seorang mahasiswa bukan sahaja menyebarkan ilmu, namun perlu tahu dan faham bagaimana untuk mendekati masyarakat. Justeru, persediaan atau pengalaman kepimpinan di alam mahasiswa ini sedikit sebanyak mampu mendidik pemikiran dan menambah pengalaman dalam memahami senario kepelbagaian manusia berfikir.

Jika diberi peluang menjawat jawatan dalam persatuan atau sebagainya, usahalah untuk sahut cabaran itu, kerana pengalaman berharga sedemikian tidak mungkin datang kesekian kalinya. Sekurang-kurangnya dapat menjadi kayu ukur kemampuan diri serta dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Sekaligus menjadi nilai tambah kepada seseorang yang bergelar graduan.

Khalif of Ummah

Perkara terpenting dalam menjadi pemimpin, sebenarnya dapat menjadikan seseorang dekat dirinya dengan Allah Taala. Kerana sewajarnya dalam pemikiran seorang pemimpin itu amanah dan tanggungjawabnya dengan Allah. Biarpun kita menjadi seorang pemimpin kepada keluarga, masyarakat dan negara, itu semua adalah salah satu jalan muhasabah dan kesedaran kepada diri. Kerana sejak lahir lagi sudah dipertanggungjawabkan sebagai khalifah atau pemimpin di bumi.

Justeru, kepimpinan dalam kampus, keluarga, masyarakat dan negara merupakan gambaran kecil setakat mana kemampuan kita menjadi pemimpin atau khalifah yang merupakan jawatan tetap diberikan Allah kepada hamba yang diturukan ke bumi. Jika tanggungjawab kecil yang digalas tidak dapat disempurnakan dengan baik, apatah lagi jawatan tetap yang telah diberikan itu. Oleh itu secara tidak lansung menjadikan seseorang itu sentiasa muhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah. Juga, menyedarkan diri supaya sentiasa tidak berasa besar kerana segala ketiggian, kehormatan itu pinjaman sementara dan hak millik kekal Allah.

Tanggungjawab dan amanah kepada manusia tidak pernah terputus, malah berterusan hingga hari dibangkitkan dan dihisab segala amalan di dunia. Dunia tempat menilai dan memperbaiki sejauh mana tanggungjawab sebagai khalifah di bumi telah disempurnakan.

RÎ) $oYôÊttã sptR$tBF{$# n?tã ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ÉA$t6Éfø9$#ur šú÷üt/r'sù br& $pks]ù=ÏJøts z`ø)xÿô©r&ur $pk÷]ÏB $ygn=uHxqur ß`»|¡RM}$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. $YBqè=sß Zwqßgy_ ÇÐËÈ

Akhir kalam, dikesempatan ini saya mewakili barisan kepimpinan AMM Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2010 memohon jutaan kemaafan di atas segala kelemahan dan kekuranga sepanjang tempoh kami melaksanakan amanah dan tugas ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat seluruh warga Jordan yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan agar MPPMJ terus maju dan gagah melangkah ke hadapan. Semoga kepimpinan akan datang, dapat mencorakkan MPPMJ serta mahasiswa seJordan dengan lebih baik, seterusnya menjadikan mahasiswa Jordan adalah keluaran terbaik untuk negara.

3 comments:

ainshams said...

kepimpinan adalah taklifan, bukan tasyrifan. semoga terus berjaya, insya Allah.

syahrul said...

yup....menilai bagaimana manusia di akhirat kelak....

Anonymous said...

免费交友有联繫方式 , 免费徵婚交友网站 , 单身男女免费交友网 , 一夜情免费交友 , 寻爱网 , 视频聊 , 毫米聊视频社区 , 看聊天室视频 , 国际聊天室 , 国外同志开放视频聊天室